Transformasi P.I.E.S

Penulis : Mohd Syamil Mohd Yusuf
Penerbit : Mustread Sdn Bhd
ISBN : 9789834451981
Mukasurat : 249
Bahasa : Melayu
Tahun Terbit : 2009
Format : Paperback

SINOPSIS

Mengapa semua manusia di dunia ini mendambakan kejayaan ? Persoalannya, apakah bentuk kejayaan yang mereka impikan selama ini? Apakah penting kejayaan itu dalam rekod kehidupan mereka? Mengapa mereka begitu bersungguh-sungguh untuk mencapainya? Inilah yang dikatakan matlamat universal. Mengapa penulis berkata sedemikian? Sudah tentu kejayaan adalah kepuasan yang mampu memberikan self esteem yang tinggi bagi mereka yang memilikinya.

Kehidupan kita amat berharga, menarik dan unik sekali. Jika kita mengisi ruang dan peluang ini dengan sesuatu yang mengelirukan dan ia menjadi agenda utama dalam menuju kejayaan, saya yakin kita akan keliru dalam mendefinisikan kejayaan yang sebenarnya.

Buku Transformasi P.I.E.S merupakan buku penulisan Mohd Syamil berkenaan konsep mengenali diri sendiri menerusi P-I-E-S yang komprehensif. Ia ditulis menerusi disiplin ilmu yang pelbagai dimensi seperti Sumber Manusia, Psikologi, Amalan Pengurusan dan pelbagai lagi bagi memastikan sumber daya manusia ini mampu dimanipulasikan semaksima mungkin. Hal ini bertujuan agar manusia mampu melaksanakan tugas harian mereka menerusi fitrah mereka yang tersedia.

Buku ini adalah satu perkongsian penulis dengan anda mengenai potensi diri sendiri. Manusia mempunyai sebab yang utama untuk wujud dan tinggal di muka bumi yang luas ini. Tidak ada seorang manusia yang wujud di dunia ini sia-sia belaka kerana ia mempunyai potensi yang tersendiri dan tersembunyi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *