Penulis : Ruqayyah Muhd
ISBN : 9789830977911
Penerbit : Galeri Ilmu
Mukasurat : 211
Harga : RM30.00
Bahasa : Melayu
Format : Paperback
SINOPSIS
APA KATA MEREKA?
Buku Diet Mak-mak ini super best! Baca sejam saja sudah habis. Tak boleh letak sebab terlampau banyak info yang sangat bagus untuk semua wanita terutamanya bakal ibu dan ibu-ibu. Sarat dengan ilmu yang berguna dan membina. Moga kita menjadi mak-mak yang sihat dan gembira sentiasa.
Tahniah Qay! Buku hasil garapan Qay ini seharusnya menjadi sebahagian pembacaan sebagai persediaan wanita yang merancang untuk hamil. Berhadapan dengan wanita hamil adalah rutin buat doktor seperti saya, dan bab diet yang bersesuaian sering kali menjadi topik penting dalam penjagaan kesihatan mereka. Menangani obesiti di kalangan wanita hamil tidak lagi menjadi kes terpencil sekarang dan dengan adanya buku tulisan Qay dengan penggunaan bahasa yang mudah difahami, diharapkan mereka lebih bertanggungjawab ke atas pemakanan mereka sendiri selepas membacanya. Apa yang tersirat yang disampaikan oleh Qay, gaya hidup sihat terutamanya diet, mesti diamalkan sepanjang hayat dan bukannya pada waktu-waktu tertentu sahaja. Maka buku ini sebenarnya merentasi setiap lapisan masyarakat dan sangat bermanfaat untuk setiap individu dewasa dalam memperbaiki cara pemakanan masing-masing.


