Mungkinkah

Penulis : Hanni Ramsul

Penerbit : Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd

ISBN : 9789670448602

Mukasurat : 926

Bahasa : Melayu

Tahun Terbit : 2014

Format : Paperback

SINOPSIS

“Tingkah saya yang mana yang letakkan maruah saya serendah tu di mata Encik Zariff?” – Arisa

Dia pernah percaya pada cinta. Dia pernah banyak berkorban demi cinta. Namun, hatinya remuk kerana cinta. Hidupnya punah kerana cinta. DIa hampir rebah, juga kerana cinta. Dia gagal dalam cinta. Dia juga gagal mempertahankan mahligai perkahwinannya.

What’s wrong with you, hah? You nak sangat I bertunang dengan Nabila? I dah cakap, I love you. Berkali-kali I cakap, I cintakan you.” – Zariff

Dia tidak pernah percaya pada cinta. Dia tidak pernah mahu berbicara soal cinta. Apa yang dicari cuma keseronokan. Dia senang bebas tanpa ikatan. Namun, satu perkenalan yang tidak disengajakan merubah segala-galanya. Dia menagih cinta pada hati yang telah hilang rasa.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *