VISI
Menjadi perpustakaan digital yang utama di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
MISI
Memperkasa perkhidmatan e-READ KEMAS dalam tiga konsep iaitu menaiktaraf pusat sumber tradisional kepada berdigital, gabungan antara perpustakaan dan mini kafe dan melaksanakan latihan inkubator usahawan.
OBJEKTIF
- Menjadikan pusat sumber sebagai pemangkin perubahan minda serta menaikkan taraf ekonomi masyarakat luar bandar dengan wujudnya ruang latihan inkubator keusahawanan
- Meningkatkan jumlah pengunjung dan bilangan ahli berdaftar e-library dengan penyediaan ruang persekitaran yang santai dan tenang
- Menyediakan bahan bacaan dan rujukan maklumat secara atas talian di samping bahan bacaan sedia ada untuk kemudahan masyarakat setempat
- Menyediakan perkhidmatan yang bercorak aktiviti ko-kurikulum yang lebih interaktif
- Mendidik serta membudayakan masyarakat tentang perkembangan teknologi maklumat semasa melalui akses e-read.

