


Bengkel Penyediaan Rak Maya Bagi Pemaju Masyarakat Pusat Sumber (PMPS) – Siri 1 telah diadakan pada 19 dan 20 September 2023 bertempat di Ibu Pejabat KEMAS, Putrajaya
Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 28 orang Pemaju Masyarakat Pusat Sumber seluruh Malaysia.
Antara objektif bengkel tersebut ialah :
- Menyelaras dan memantapkan peranan Pemaju Masyarakat Pusat Sumber agar menggunakan kemudahan dan teknologi terkini dengan berkesan.
- Menyediakan bahan bacaan dan rujukan maklumat secara atas talian di samping bahan bacaan sedia ada untuk kemudahan masyarakat setempat.
- Menanam sikap proaktif dalam meneroka dan mencari maklumat dengan kaedah pembelajaran kendiri serta mengadakan jaringan perkongsian maklumat di atas talian.

