Bengkel Digitalisasi dan Media Untuk Tujuan Promosi Dalam Aktiviti KEMAS : BPKOM 2023

Bengkel Digitalisasi Dan Media Untuk Tujuan Promosi Dalam Aktiviti KEMAS : BPKOM Bagi Tahun 2023 telahpun diadakan pada 14 Mac 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Zamrud, Aras 5, Ibu Pejabat KEMAS, Putrajaya.

Antara objektif bengkel tersebut ialah :

  1. Menyelaras dan memantapkan peranan Pemaju Masyarakat agar berupaya menggunakan kemudahan dan teknologi terkini dengan berkesan.
  2. Merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pendigitalan kandungan serta bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan medium ICT, videografi dan fotografi.
  3. Merancang dan menyelaras penghasilan konten digital agar boleh digunakan untuk pelbagai perkara dan pelbagai platform.
  4. Menyelaras, mengaktif dan menguatkuasakan penggunaan media sosial bagi tujuan promosi dan posting.

Penceramah yang bertanggungjawab pada hari tersebut adalah Encik Taufik Mohd Yusop yang merupakan Pengarah KEMAS Negeri Perak.

Peserta bengkel terdiri daripada Pemaju Masyarakat pelbagai jurusan yang terdapat dalam Bahagian Pembangunan Komuniti iaitu Pemaju Masyarakat Pusat Sumber (PMPS), Pemaju Masyarakat Ekonomi Desa (PMED), Pemaju Masyarakat Bina Insan (PMBI) dan Pemaju Masyarakat Pendidikan Literasi Fungsian (PMPLF).

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *